Satu hari anda kena marah dengan boss anda sebab surf internet kat office. Tambahan pula target jualan untuk bulan tu tak sampai lagi. Apa lagi makin menyinga Mr. Boss tu.... Memang sakit hati. Rasa macam nak resign je....
Balik kerja anda baca surat khabar. Tiba-tiba anda terlihat satu tajuk akhbar "Encik XXX Jutawan Internet Sepenuh Masa". Dengan khusyuknya anda terus membaca artikel tersebut. Habis baca artikel tu anda pun mula berfikir..... kalau Mr XXX boleh buat.. tak kan aku tak boleh buat.
Bermula pada hari itu maka anda pun mulalah merancang apa yang perlu anda buat untuk menceburi bidang keusahawanan internet. Nak pergi berkursus budget tak berapa cukup jadi anda pun mulalah mendapatkan pelbagai ebook yang ada dipasaran. Sertai online forum dan cuba bersembang dengan kawan-kawan. Kalau anda seorang yang mempunyai kemahiran IT, saya rasa anda tidak akan mengalami masalah yang besar.
Kepada newbie yang betul-betul tak ada kemahiran asas internet saya rasa anda akan mula pening kepala bila baca ebook dan sertai forum secara online. Apa taknya.... anda tak faham langsung istilah-istilah yang digunakan. Adsense, SEO, RSS Feed, PM, Thread, YM, IM, Browser, Affiliate, Paypal, Amazon, Niche Area,Widget, HTML Code, Avatar, FireFox, Ebay, WYSIWYG, Template.... bla..bla..bla..
Inilah masalah yang saya hadapi kira-kira setahun lalu. Memang tak tahu apa-apa. Baca ebook pun sampai juling biji mata. Dalam forum pun masih terawang-awangan. Tapi saya tidak berputus asa. Saya belajar daripada kosong dan sehingga sekarang masih belajar.
Justeru ini saya menulis blog ini untuk berkongsi istilah-istilah internet ini dengan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. cari-kamus.blogspot.com merupakan koleksi peribadi saya sendiri. Secara ringkasnya saya menterjemahkan maksud istilah-istilah ini daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.
Jadi kepada sesiapa yang ada hati nak resign tahun ni sebab nak menceburi keusahawanan internet, sabar dulu. Saya rasa anda patut baca dulu ebook dan belajar fahami istilah yang ada. Kurang la pening sikit. Saya sendiri pun masih bekerja dan belum resign lagi.
Anda boleh cari maksud istilah yang ingin anda tahu di blog ini kerana sehingga Januari 2009 saya sudah mengumpul kira-kira 120 istilah yang sering digunakan. Jika ada istilah yang belum tersenarai, yang anda kurang faham atau tidak bersetuju dengan terjemahan saya, anda boleh menghubungi saya melalui email dan saya akan cuba membantu.
Untuk perhatian : Blog ini akan dikemaskini setiap awal bulan. Sekurang-kurangnya 4 istilah baru akan dimasukkan setiap bulan.
Saya membuat semakan dan rujukan dengan laman web yang saya senaraikan dalam ruangan "Rujukan". Kesalahan terjemahan mungkin wujud kerana kekhilafan saya. Justeru itu sila hubungi saya jika:
- Terdapat kesilapan terjemahan
- Ingin berkongsi istilah yang baru
- Ada cadangan untuk menambah baik blog ini
- Anda tidak bersetuju dengan terjemahan yang dibuat
Klik button dibawah untuk menghubungi saya melalui email.
Jika anda rasa blog ini bermanafaat dan boleh membantu sila buat pautan dari blog anda ke blog ini. URL : http://cari-kamus.blogspot.com/
















